::--Pancing Ikan--::



Haritu cerita bas…harini kite cerita ikan pulak ye….
Got this so called ‘article’ from friendster. Thanks, to the people who paste this on the bulletin board. If you are unready to read this entry….please do read the following entry
Pernah kamu memancing ikan?
Kalau tak pernah memancing pernahkah kamu melihat orang memancing? Kalau tak pernah lihat pun, bolehkah kamu bayangkan seseorang sedang memancing? Katakanlah kamu menemani sesorang yang sedang asyik memancing. Tiba-tiba mata kailnya disentap oleh seekor ikan dan dia segera memutar pemutar tali pancing. Sekali-sekala dia menghenjut-henjut jorannya supaya mata kail semakin menyangkut mulut ikan.
Akhirnya, ikan itu dapat dinaikkan ke atas. Terkedik-kedik ia di hujung tali kail. Kamu lihat pemancing itu tersenyum lebar. Gembira benar hatinya. Kamu juga turut ghairah melihat pemancing itu cuba membebaskan ikan daripada mata kail.
Tiba-tiba, setelah dia melepaskan mata kail dari mulut ikan, dia mencampakkan kembali ikan itu ke air. Eh, apa hal? Kamu memandang pemancing itu dengan seribu tanda tanya, tapi dia bersahaja seolah-olah tindakkannya itu tidak menimbulkan sebarang persoalan.
Kamu rasa apakah yang akan dideritai oleh ikan itu? Bolehkah ia meyambung hidup dengan mulutnya yang terluka atau mungkin juga isi perutnya yang sudah robek? Sudah tentu ia akan mengalami kesakitan sebelum akhirnya mati. Dengan mulut yang koyak dan perut yang robek,dia tentu tidak dapat mencari makanan, untuk berenang pun mungkin dia tidak mampu. Dia mungkin disisihkan oleh kawan-kawan kerana sudah tidak boleh aktif.
Begitulah juga, setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah dia mula menyayangi kamu hendaklah kamu menjaga hatinya. Jangan sesekali terus meninggalkannya begitu sahaja sebab dia akan terluka oleh kenangan bersama kamu dan mungkin tidak dapat melupakan segala selagi dia mengingati kamu. Sebab itu apabila kamu merelakan hati kamu untuk bercinta, seriuslah dalam tindakan dan keputusan kamu itu, sebab jika kamu hanya main-main akan ada pihak yang menangis. Tentu kamu dapat bayangkan betapa sakit dan menderitanya ikan menjalani hidupnya setelah dilemparkan kembali ke air. Begitulah, alangkah sakitnya hidup bersama hati yang robek kerana mengingati seseorang.
Cinta adalah fitrah manusia. TUHAN menjadikan cinta untuk memberi keseronokkan kpd hamba-hamba-Nya menjalani hidup mereka, tapi tahukah kamu lebih ramai orang yang menderita kerana cinta daripada yang berbahagia kerana cinta.
Kenapa jadi begitu? Jika kamu sedang bercinta sekarang ini, peliharalah hatinya, dan rencahilah cinta kamu dengan kejujuran, kesucian dan keikhlasan serta dasarkan cinta kamu itu kerana TUHAN. Hanya cinta yang begini akan kekal selainnya pasti menempuh jalan berliku dan akhirnya menumpahkan air mata kesedihan. Maka itu, saya juga hendak menasihatkan kamu jika kamu belum bersedia untuk berlaku jujur janganlah bercinta dulu. Jika kamu belum bersedia utk setia janganlah cuba-cuba memberikan hati kpd org lain. Sebab perbuatan yg begini akan hanya menghabiskan masa dan membazirkan air mata.
Saya juga ingin mengatakan, jika kamu memancing, teruskan ambil ikan itu dan bawa pulang. Kerana itu lebih baik drpd kamu memasukkannya kembali ke dlm air krn perbuatan kamu itu memulakan satu derita...
Ana fernah menjadi ikan tersebut. Ana tau betapa sakit bila ditinggalkan apabila diberi harapan....
Ana juga pernah meninggalkan, atas sebab2 tertentu.
Ana sedar, jika ana tidak mencintai, mengapa ana harus terus memberi harapan....
1. You love someone but that 'someone' doesn't love u....
2. Someone love u but u doesn't love that 'someone'
3. U force yourself to love some one




0 Comments:
Post a Comment
<< Home